KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Thursday

MAKLUMAT KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

1. Maklumat kanak-kanak pendidikan khas

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas

- Autisme
- Disleksia
- Sindrom Down
- Terencat akal ringan
- Perkembangan Lewat
- Cerebral Palsy
- Micro Sephalus
- Hyperaktif

Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas

a) Autisme
- boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.
- boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat.
- suka elak pertentangan mata.
- ketawa dengan tiba-tiba.
- menangis dan marah tanpa sebab.
- perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek.
- suka meniru perkataan orang lain.
- memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan.

b) Disleksia
- baik dalam kemahiran pertuturan dan penaakulan.
- mempunyai masalah ingatan pandang dan ingatan dengar (lemah ingatan).
- masalah dalam susunan turutan huruf dan nombor.
- kekeliruan memahami hala kiri dan kanan, bawah dan atas.
- perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat.
- kelajuan menulis yang lambat.

c) Sindrom Down
- kanak-kanak ini mempunyai 24 kromosom di mana terdapat tambahan kromosom pada kromosom 21.
- dari segi sosial, mereka biasanya adalah kanak-kanak yang periang dan
- dagu atas dan bawah kecil menyebabkan lidah kelihatan terlalu besar dan sebutan yang kurang jelas.
- jari tangan dan kaki pendek dan terdapat kedutan yang jelas pada tapak tangan dan kaki.
- menghadapi masalah pendengaran, penyakit jantung, usus, mata (selaput), kesempitan tulang belakang di bahagian leher

d) Terencat akal ringan.
- murid-murid terencat akal adalah murid-murid yang inteleknya berfungsi di bawah tahap murid normal. Keadaan ini juga wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku murid tersebut iaitu kemahiran berkomunikasi, mengurus diri, sosial dan psikomotor yang dapat dilihat dalam proses perkembangan mereka.
- ciri-ciri yang jelas tentang kanak-kanak ini dapat dilihat dari segi perbezaan tahap mental murid dengan umur mereka. Lebih teruk kerencatan akal mereka, maka lebih rendah tahap kematangan yang ditunjukkan berbanding dengan umur sebenar kanak-kanak.
- suka bercakap mengenai banyak perkara pada satu-satu masa, tidak mengikut turutan.
- suka mengkritik apabila melihat sesuatu.
- suka meniru perlakuan seseorang yang disukai.

e) Perkembangan lewat.
- pencapaian ujian kecerdasan murid-murid ini lebih sedikit daripada murid terencat akal, tetapi jika dibandingkan dengan murid sederhana, tahap kecerdasannya agak lambat dalam memahami konsep-konsep lain. Istilah ini juga biasanya dimaksudkan sebagai tingkah laku atau motivasi lemah.
- kadangkala malas untuk melakukan sesuatu kerja.
- sentiasa menunggu arahan daripada orang lain untuk melakukan sesuatu.
- suka mengadu.

f) Cerebral Palsy
- kurang daya kawalan terhadap otot-otot.
- bagi Cerebral Palsy kategori ataxia, gaya berjalan dan duduk kanak-kanak ini tidak stabil.
- bagi Cerebral Palsy kategori Athetoid, pergerakan kaki dan tangan kanak-kanak ini tidak dapat dikawal.

g) Micro Sephalus.
- kanak-kanak ini mempunyai saiz kepala yang lebih kecil berbanding kanak-kanak normal.
- tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu untuk satu jangkamasa yang panjang.
- emosi mereka kadang kala kurang stabil.

h) Hyperaktif.
- suka menjerit.
- tidak boleh duduk diam.
- marah tak menentu.
- tidak dapat menumpukan perhatian pada sesuatu.
- suka mengulangi perkataan yang diucapkan oleh orang lain.
- suka bercakap dengan kuat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More