
KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa serta merta. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan juga bersetuju mewujudkan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah. Menurutnya, langkah itu diambil bagi meningkatkan prospek laluan kerjaya bagi PPP supaya mereka terus mengamalkan budaya kerja cemerlang. "Kerajaan menyedari betapa pentingnya aspek kebajikan guru serta...