KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Tuesday

Gotong-royong Hari Guru 2010












15 Mei 2010 - "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"- tema Hari Guru 2010

Aktiviti gotong-royong telah dijalankan sempena Sambutan Hari Guru 2010. Semua sekolah di seluruh negara telah mengadakan aktiviti ini untuk sama-sama membersihkan kawasan sekolah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kerjasama antara satu sama lain.

Kebanggaan Sekolah




Pasukan Bolatampar Sekolah (Perempuan) baru-baru ini telah menyertai pertandingan Bolatampar MSSDKTS dan MSST 2010.

Pasukan ini telah dibimbing oleh Cg. Syaharuddin b Mohd Yusof yang telah bertungkus lumus berusaha serta mengadakan latihan untuk kejayaan sehingga ke peringkat ini. Para pelajar juga amat bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan pada setiap kejohanan yang disertai.

Pada peringkat Kejohanan MSSDKTS, SKPH telah merangkul Pingat Perak manakala pada peringkat MSST, mereka telah memperolehi Pingat Emas kejohanan tersebut.

Pihak sekolah ingin merakamkan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan dan sumbangan yang bermakna kepada warga SKPH.

Perkhemahan Unit Beruniform 2010










6-8 Mei 2010 - Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan di padang sekolah bermula pada Khamis dan berakhir pada hari Sabtu. Perkhemahan ini diwakili oleh unit Kadet Remaja Sekolah,Pandu Puteri, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan pelajar Pendidikan Khas.

Pelbagai pertandingan diadakan seperti pertandingan memasak, berkawad, ikatan, mengikat anduh, dan khemah paling bersih dan kemas. Aktiviti-aktiviti seperti kembara malam, berjalan mengelilingi kampung, dan malam kebudayaan membuatkan pelajar berasa seronok mengikuti perkhemahan yang disertai.

Gambar Perkhemahan (1)

Gambar Perkhemahan (2)

Persediaan Perkhemahan 2010








April 2010 - Menjelang hari perkhemahan yang akan diadakan pada 6-8 Mei 2010, semua unit beruniform SKPH mengadakan latihan seperti ikatan, membalut anduh, berkawad dan sebagainya. Perjumpaan yang diadakan pada setiap hari Selasa bermula jam 4-5.30 petang. Seramai 30 orang murid yang akan mewakili unit beruniform masing-masing dalam perkhemahan nanti.

Lagi gambar

Program A++






Sekolah kami telah terpilih di antara 20 buah sekolah untuk menjalani ujian online dengan usahasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri. Seramai 20 orang murid tahun 6 telah mengikuti ujian secara online ini. Menteri Besar, YB Datuk Ahmad bin Said telah merasmikan program ini. Tuan Guru Besar telah diwawancara secara langsung oleh pihak yang terlibat mengenai impak yang akan didapati dari program ini. Ujian secara online ini telah diadakan di makmal komputer sekolah dengan menggunakan ebook yang disumbangkan oleh kerajaan Negeri Terengganu kepada murid-murid tahun 6.

Gambar lagi

Monday

English Is Fun






25 Apr 2010 - Satu persembahan di tapak perhimpunan oleh Auntie Wanie and Auntie Annie untuk menarik minat semua pelajar SKPH mendalami dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka.

Gambar lagi

Kem Kecemerlangan Bahasa Inggeris






21 Apr 2010 - Satu kem kecemerlangan Bahasa Inggeris telah diadakan di dewan sekolah. Para pelajar telah mendapat tunjuk ajar serta teknik menjawab UPSR dari Cg. Siti Kamariah binti Mahat, seorang guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman luas serta merupakan salah seorang guru SKPH. Kem ini turut dibantu oleh dua orang guru Bahasa Inggeris lain iaitu Cg. Siti Ruslina dan Cg Azuriah. Walau pun para pelajar sudah biasa dengan Penceramah Teknik Menjawab Soalan ini, tetapi mereka tetap memberikan tumpuan yang serius dan amat seronok dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Semoga semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2010 nanti, insyaAllah.

Gambar lagi

Taklimat Multimedia di TTC







4 Apr 2010 - Sekolah kami telah dijemput untuk menyertai satu taklimat multimedia dan penggunaan ebook yang diadakan di Terengganu Trade Centre. Seramai 60 orang murid tahun 6 telah terpilih untuk sama-sama mengetahui secara lebih luas lagi dengan ebook mereka. 2 orang guru pengiring (Cg. Zaimi dan Cg. Nor Liza) dan seorang EIO (Pn Nor Aqilah) telah turut serta dalam taklimat tersebut yang bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Di dalam taklimat ini, murid-murid dan guru-guru didedahkan dengan lebih meluas tentang penggunaan internet serta ditunjukkan laman-laman web bagus untuk mereka menunjukkan bakat melukis dan mencari ilmu grafik.

Lagi gambar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More