KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Thursday

UPSR 2009


Salam Sejahtera...

19 November 2009 - Keputusan UPSR telah pun diumumkan oleh GPK HEM iaitu Tuan Hj. Mohd Rahim di dewan sekolah pagi tadi. Para ibu bapa dan pelajar berkumpul di sana dan mendengar pengumuman yang disampaikan.

Pada tahun ini SKPH mendapat seramai 11 orang 5A.Keputusan ini berkurangan daripada tahun 2008 berbanding dengan 21 orang telah berjaya mendapat keputusan 5A. Walau apa pun, kami warga SKPH ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya diharap dapat menempa kejayaan pada masa hadapan.

Diucapkan juga berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Warga SKPH yang telah sama-sama bertungkus-lumus berusaha untuk kejayaan anak didik kita.

SYABAS DAN TAHNIAH!!!

Sunday

Hadiah Hari Guru

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan juga bersetuju mewujudkan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi meningkatkan prospek laluan kerjaya bagi PPP supaya mereka terus mengamalkan budaya kerja cemerlang.

"Kerajaan menyedari betapa pentingnya aspek kebajikan guru serta insentif dijaga dan pertambahan kuota ini sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada guru-guru," ujarnya semasa berucap merasmikan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa' di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, pertambahan kuota itu melibatkan 12 jawatan Guru Cemerlang Gred Khas C iaitu daripada 24 kepada 36, Guru Cemerlang Gred DG54 ditambah daripada 100 kepada 134 jawatan dan Guru Cemerlang Gred DG52 daripada 250 kepada 336 jawatan.

Katanya, turut ditambah ialah Guru Cemerlang Gred DG48 daripada 1,000 kepada 1,345 jawatan dan Guru Cemerlang Gred DG44 daripada 4,000 kepada 5,379 jawatan.

Beliau memberitahu, Pengetua Cemerlang Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ditambah daripada 10 kepada 20 jawatan dan Pengetua Cemerlang Gred DG54 ditambah daripada 200 kepada 475 jawatan manakala Pengetua Cemerlang Gred DG52 dikekalkan 400 jawatan.

"Bagi sekolah rendah, jawatan yang diwujudkan untuk PPP siswazah adalah Guru Cemerlang Gred DG48 sebanyak 173 jawatan manakala 1,737 jawatan pula untuk Guru Cemerlang Gred DG44," katanya.

Jelasnya, PPP bukan siswazah juga akan menikmati laluan kerjaya sama apabila kerajaan selesai melakukan kajian mengenainya tidak lama lagi.

Muhyiddin turut mengumumkan pemberian insentif RM200 sebulan kepada Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Jelasnya, pembayaran insentif itu dikebelakangkan mulai tarikh kuat kuasa iaitu Januari 2009.

Katanya, kerajaan bersetuju memanjangkan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada pasangan pegawai yang turut berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman dengan pembayaran juga dikebelakangkan mulai 1 Mac 2009.

Petua Hidup Berkeluarga

Petua menjaga hati isteri
· Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.
Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah
· Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
· Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.
· Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
· Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
· Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
· Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
· Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
· Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
· Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
· Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.



Petua mencurahkan jalinan kasih
§ Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.
§ Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan, Senyuman, Perbualan mesra, Gurauan, Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
§ Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
§ Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
§ Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.



Petua mengetahui cinta pasangan hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :
Ø Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.
Ø Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
Ø Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.
Ø Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.
Ø Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.
Ø Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.
Ø Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
Ø Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.
Ø Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.
Ø Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurang an di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.
Ø Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
Ø Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.



Petua menjadi lelaki pilihan
C iri-ciri lelaki pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri.



Lelaki pilihan wanita
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.


Hakikat Pertengkaran
Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.
Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.



Petua-petua menghadapi Pertengkaran
ü Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.
ü Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama Kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana..
ü Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.
ü Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
ü Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
ü Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.
ü Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.



Petua memilih wanita idaman atau perempuan
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan.

1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

SELAMAT HARI GURU 2009


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
16 MEI 2009

Thursday

TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.

  • mengikut Skinner, apabila sesuatu gerakbalas atau tingkahlaku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulangi tingkahlaku operan ini akan bertambah.
  • tingkahlaku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkahlaku operan itu.
  • contoh peneguhan positif : memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan yang sesuai berlaku.
  • contoh peneguhan negative : menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas dengan tujuan tingkahlaku tersebut akan dihapuskan supaya murid-murid lain dapat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan.

b) Denda.

  • untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini.
  • hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu tingkahlaku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.

c) Reverse Psychology

  • menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkahlaku negatif kepada positif.
  • teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.
  • tujuan reverse psychology ialah untuk menginsafkan murid agar menghapuskan sikap negative dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkahlaku yang diingini.

d) Shaping

  • proses pembentukan tingkahlaku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindakbalas yang diharapkan.
  • pada mulanya, shaping digunakan untuk mengajar haiwan untuk melakukan aktiviti permainan seperti yang dapat dilihat dalam sarkas dan zoo. Mengikut ahli-ahli psikologi, proses shaping juga boleh digunakan untuk membentuk tingkahlaku manusia yang diingini.

e) Kontrak (lisan dan bertulis)

  • membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkahlaku negative kepada positif.
  • menandatangani kontrak secara formal di hadapan orang yang disanjungi, contohnya Guru Besar, akan meyakinkan murid berkenaan bahawa dia perlu memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan.
f) Kawalan kendiri
  • Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan
  • Mengumpul data - mengenal pasti antiseden kawalan, menentukan respon peringkat awal, dan mengenal pasti akibat kawalan
  • Merancang program tindakan - memilih strategi untuk menambah atau mengurangkan kekuatan respon
  • Implement dan penilaian program
  • Penutup - menamatkan program


PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

Rancangan Pendidikan Individu atau Ujian Rujukan Kriteria :

  • Bertujuan untuk menentukan taraf pencapaian individu murid pendidikan khas yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran.
  • Guru menetapkan criteria pada peringkat paling minimum bagi setiap murid dan murid dikehendaki mencapai objektif pengajarannya.
  • Rancangan Pendidikan Individu diadakan setelah sesuatu kemahiran diajarkan.
  • Keputusan Rancangan Pendidikan Individu digunakan untuk menentukan sama ada murid berkenaan menguasai kemahiran dalam peringkat yang dikehendaki atau tidak.
  • Maklumat yang diperolehi daripada keputusan Rancangan Pendidikan Individu ini membolehkan guru merancang semula strategi yang sesuai untuk membaiki aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

JENIS-JENIS TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

a) Terapi pertuturan

  • kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
  • membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
  • melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
  • antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.

- meniup belon.

- meniup kertas di atas air.

- mengetap bibir ; dan sebagainya.


b) Terapi Fizikal (fisioterapi)

  • memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

c) Terapi Carakerja

  • merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.

d) Terapi muzik

  • bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
  • terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.
  • aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.
  • murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More