KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Monday

Sesi 2010 Bermula



Murid Tahun 1 Karisma

3 Jan 2010 - Hari ini bermulalah sesi persekolahan pertama bagi tahun ini. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seperti yang dirancang. Ibu bapa turut serta menghantar anak-anak mereka dan tidak kurang juga menunggu dan melihat anak-anak mereka yang baru memasuki alam persekolahan rendah. Walau pun begitu, ada yang sudah biasa dengan alam prasekolah, maka tidak menjadi masalah dalam berkomunikasi dan bersosial sesama mereka. Kepada semua Warga SKPH, diucapkan 'Selamat Kembali ke Sekolah.'

Selamat Tahun Baru 2010

1 Jan 2010 -Warga SKPH mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada semua warga pendidik. Semoga tahun baru ini akan memberikan semangat baru yang tinggi dalam profesion pendidik. Sentiasa berusaha untuk penambaikan dan melonjakkan prestasi pendidikan.


Sunday

Mesyuarat Guru Pertama Bagi Sesi 2010

30 Dis 2009 (Rabu) - Mesyuarat guru buat kali pertama bagi sesi 2010 diadakan bermula jam 9.00am hingga 1.00pm. Mesyuarat dihadiri oleh Tuan Guru Besar selaku Pengerusi bersama-sama GPK I, GPK Hem, GPK Kokurikulum, guru-guru dan kaki tangan sekolah.

Antara intipati mesyuarat pada kali ini:

a) Peringatan kepada semua guru dan kaki tangan supaya bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab kepada pelajar.

b) Melaporkan prestasi UPSR 2009 yang telah dicapai.

c) Pembahagian jadual waktu mengajar.

d) Pembahagian buku rekod mengajar.

e) Pembahagian buku senarai tugas guru.

f) Pengumuman tender kantin yang baru.


Tuan Guru Besar sedang mempengerusikan mesyuarat

GPK-GPK turut menyampaikan makluman masing-masing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More