KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Monday

2 Kejuaraan Terengganu


Tahniah buat Terengganu yang berjaya merangkul 2 kejuaraan, Bolasepak Piala FA dan Kejohanan Sukma 2011. Syabas dan tahniah!!!

Sesi Persekolahan Semester ke-2 Bermula


Selamat kembali ke sekolah untuk semester ke-2. Semoga semua anak didik terus berjaya mencapai kecemerlangan.

Friday

Kelas Tambahan Tahun 4, 5 dan 6

Kelas tambahan semasa cuti persekolahan pertengahan penggal satu akan diadakan pada Sabtu 28 hingga Selasa 31 Mei 2011. Semua murid tahun berkenaan dikehendaki hadir ke kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.

Thursday

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16



21 Mei 2011 - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 berjaya dilaksana dengan sempurna pada pagi Sabtu bermula jam 9.00 pagi. Ramai ibu bapa hadir dan mesyuarat ini dirasmikan oleh Dato' Mohd Sabri bin Alwi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Penyampaian insentif kepada murid-murid Tahun 6 2010 yang berjaya mendapat 5A juga diadakan. Banyak pandangan dan perkongsian idea dapat dibincangkan bersama antara pihak guru dan ibu bapa yang mana akan meningkatkan lagi prestasi anak didik SKPH. Terima kasih kepada Dato', para guru, staf dan para ibu bapa yang telah sama-sama menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Gambar Peristiwa

Choral Speaking



19 Mei 2011 - Pertandingan Choral Speaking telah berlangsung di sekolah kami untuk peringkat Kuala Terengganu Selatan. Pasukan ini telah dibimbing oleh guru-guru Bahasa Inggeris diketuai oleh Pn. Siti Ruslina Hassan, Pn Siti Kamariah Mahat dan Pn Azuriah Abdullah. Latihan dan tunjuk ajar guru pembimbing telah membuahkan hasil yang cemerlang di mana SK Padang Hiliran telah menjadi Naib Juara bagi peringkat Kuala Terengganu Selatan. SKPH akan meneruskan perjuangan ke peringkat Negeri yang akan di adakan pada 12 Julai 2011 bertempat di SK Rantau Petronas, Kemaman.

Tahniah dan Selamat Berjaya!!!!

Gambar Peristiwa

Hari Guru



16 Mei 2011 - "Guru Penjana Transformasi Pendidikan".

"Selamat Hari Guru...Terima Kasih Cikgu" buat semua guru di SKPH.
Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah dilaksanakan pada 16 Mei 2011. Bermula dengan perhimpunan pada jam 7.45 pagi di dataran perhimpunan. Antara acara yang diadakan ialah membaca perutusan-perutusan KPM, nyanyian lagu Guru Malaysia, sukaneka antara guru, staf dan murid. Sambutan pada kali ini amat meriah, suasana ceria dan seronok terpancar di wajah semua guru. Jamuan turut diadakan untuk semua warga SKPH yang cemerlang, gemilang dan terbilang.




Gambar peristiwa

Tuesday

Sukan Sekolah 2011


13 April 2011 - Sukan Sekolah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sukan Sekolah ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar.

Pelbagai acara diadakan seperti merentas desa, sukaneka, acara balapan dan acara untuk ibu bapa. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar Encik Ibrahim bin Ab Rahman. Rumah Kuning Mahkota menjadi juara pada temasya sukan kali ini, diikuti oleh Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Hijau.

Gambar Peristiwa

Kedatangan Guru Besar Baru


5 April 2011 - Kedatangan Guru Besar kami yang baru Encik Ibrahim Bin Ab Rahman, dengan rombongan yang ceria dan mesra dari SK Merang telah menggamit satu memori baru dalam sejarah sekolah ini.

Beliau tiba di SKPH pada pukul 10.00 pagi dengan diiringi motosikal berkuasa besar dan kereta-kereta iringan yang terdiri daripada guru-guru dan staf SK Merang. Senyuman yang tidak lekang dari wajah guru besar baru menunjukkan kegembiraan dan ketulusan beliau untuk mengetuai dan membimbing kami warga SKPH.

Kami ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Tuan Guru Besar dan Selamat Bertugas dan bimbinglah kami di sini. Ucapan jutaan terima kasih kami dahulukan.

Gambar Peristiwa

Pertukaran Guru Besar


5 April 2011 - Satu majlis sempena pertukaran Guru Besar Tuan Haji Mohd Sidek Bin Besar telah diadakan pada hari ini. Suasana pilu dan sedih menyelubungi warga sekolah yang telah bersama bertugas selama 8 tahun di sekolah ini. Cikgu Md Sidek kini bertugas sebagai Guru Besar di SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas bimbingan dan nasihatnya selama ini dan mengucapkan selamat bertugas kepada Cikgu Mohd Sidek di tempat baru.

Gambar Peristiwa

Jamuan Pertukaran dan Keraian

School Attack TV3

23 Februari 2011 - Suasana di SKPH diceriakandan dimeriahkan dengan kedatangan serombongan Pasukan School Attack TV3. Semua pelajar dihidangkan dengan pelbagai acara permainan dan berkenal mesra dengan para selebriti TV3 yang hadir seperti diketuai oleh Encik Azri bin Badri, Aidid Marcelo, Maria Tunku Sabri, Chomel, Hani, Abang Bad serta para kru yang sentiasa tidak duduk diam melayan murid-murid sekolah.

Murid-murid PPKI telah mempersembahkan nyanyian sebagai pembuka acara. Pertandingan seperti permainan bola jaring, dam ular besar, menjaringkan gol, baling belon berisi air berpasangan dan sebagainya.

Acara berakhir pada jam 1 tengah hari. Semua warga sekolah dengan penuh rasa hormat dan bangga dapat menjayakan School Attack bersama-sama pihak TV3. Terima kasih daun keladi kepada pihak TV3..kalau boleh datanglah lagi ke sekolah kami.

Gambar Peristiwa

Sambutan Maulidur Rasul 1432H




Tanggal 16 Februari 2011, Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan. Tema pada tahun ini adalah "1 Malaysia 1 Umah".

Difahamkan, pemilihan tema ini bertujuan menyeru seluruh umat Islam supaya bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara serta menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan Sunah.

Pelbagai persembahan menarik diadakan seperti cerita sejarah Rasulullah SAW. deklamasi sajak, mewarna poster, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan Azan dan selawat beramai-ramai. Hadiah diberikan kepada semua pemenang pertandingan.

Gambar Peristiwa


Monday

Persaraan GPK Kokurikulum



Pada tanggal 9 Februari 2011, berakhirlah sudah perkhidmatan Cikgu Abdul Rani Bin Jusoh sebagai seorang pendidik. Beliau bersara wajib pada usia menjangkau 58 tahun. Beliau merupakan seorang guru yang amat disegani dan dihormati oleh rakan-rakan seperjuangan sepanjang berkhidmat. Segala khidmat bakti dan jasa beliau amatlah disanjung tinggi dan kami mendoakan agar beliau meneruskan kehidupan dengan penuh rasa kebahagiaan dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta.

Gambar lagi

2011


Selamat Datang 2011.


Teruskan Mendidik Anak Bangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More