Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah memulakan program motivasinya untuk murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 sejak dari minggu pertama persekolahan bermula lagi. Program ini telah dikendalikan oleh Cg.Tn.Hj.Azhar iaitu guru bimbingan dan kaunseling yang baru bertukar ke sekolah ini pada tahun 2010. Para pelajar dilihat amat bersemangat dengan sentuhan kata-kata perangsang oleh motivator sekolah. InsyaAllah, akan ada banyak lagi program yang dirancangkan sepanjang tahun oleh unit bimbingan dan kaunseling.
0 comments:
Post a Comment