KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Monday

Bengkel Pembinaan Blog


18 jan 2010 - Satu bengkel pembinaan blog telah diadakan di Makmal Komputer, Pusat Multimedia, Perpustakaan Awam Terengganu bermula pada 18 - 21 Januari 2010. Bengkel ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

Bengkel ini adalah sebuah program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu yang dibiayai oleh ExxonMobil dan merupakan kesinambungan kepada projek Kem Mesra Komputer. Tujuannya adalah untuk mendedahkan murid-murid sekolah rendah kepada kaedah-kaedah penggunaan 'Microsoft Office.' Peserta bengkel ini diperkenalkan dengan kemahiran mencari maklumat melalui pelbagai sumber media. Peserta juga diberikan sebuah beg, beberapa modul, sebuah fail, dan juga pendrive 2GB setiap seorang.

Ianya melibatkan seramai 40 murid dari 20 buah sekolah rendah di daerah sekitar Kuala Terengganu yang telah mempunyai pengetahuan tentang komputer. Dua orang murid sekolah kami telah turut sama terlibat iaitu pelajar dari Tahun 5 Karisma, Adik Muhamad Faiz bin Amri dan Tuan Harith Rafi'e bin Tuan Putera.

Puan Pengarah Perpustakaan Awam Terengganu, Puan Hjh Nor Akmal binti Abdul Fatah dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar pelajar memanfaatkan bengkel ini, dapat membina satu blog yang hebat dan menarik serta boleh dibanggakan. Beliau juga berharap agar pelajar dapat berkongsi maklumat yang baik dengan orang lain dan merasa seronok terpilih menyertai bengkel ini.

Fasilitator yang terlibat ialah Encik Zahron bin Mohd Khalid dan Encik Jefri bin Mat Yasin.
Kami bagi pihak SK Padang Hiliran ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, ExxonMobil, pihak Jabatan Pelajaran Terengganu, dan fasilitator yang telah memberikan ilmu kepada murid-murid kami.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More