KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Monday

Lawatan Pengawas Pusat Sumber

Guru (Cg Wan Norsidah) sedang memberikan taklimat sebelum sesi lawatan

Antara pelajar perempuan yang mengikuti lawatan PSS

Sebahagian pelajar lelaki yang menyertai lawatan

25 Mac 2010 - Satu lawatan diadakan ke beberapa sekolah berdekatan seperti SK Padang Mengkuang bagi pertukaran ilmu dan pengetahuan berkenaan dengan Pusat Sumber. Lawatan disertai oleh 3 orang guru pengiring dan 40 orang pustakawan.

Gambar lagi

Thursday

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2010


Majlis berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW

Sepanduk utama Maulidur Rasul

Berkumpul di tapak perhimpunan

Cg Zamrai mengetuai murid lelaki

Berarak mengelilingi kawasan kampung

Pertandingan mewarna prasekolah

Para hakim hafazan

Di surau, untuk pertandingan azan

Salah seorang peserta

Peserta hafazan di perpustakaan

3 Mac 2010 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan bermula pada 8.00 pagi di tapak perhimpunan. Antara atur cara majlis ialah mendengar ceramah, pertandingan mewarna tahap 1 dan prasekolah, pertandingan azan, hafazan dan tulisan khat. Semua murid berarak mengelilingi kawasan kampung di persekitaran sekolah. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Tuan Guru Besar pada hari Ahad 7 Mac 2010.

Sukan Sekolah 2010

Perbarisan masuk rumah sukan

Bersedia untuk berlari

Acara isi air dalam botol untuk murid prasekolah

Acara olahraga untuk murid Tahap 2

Para pegawai yang bertugas

Tersenyum bangga memenangi acara yang dipertandingkan

Acara terompah gergasi

Acara lari dalam guni murid Tahap 2

Ibu bapa turut menyertai acara bowling padang

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang

1 Mac 2010- Tahun ini adalah tahun yang meriah dengan pelbagai aktiviti. Untuk aktiviti ko-kurikulum, sukan olahraga dan sukaneka tahunan adalah satu acara yang memang dinanti-nantikan.
Semua acara berjalan dengan lancar. Majlis Perasmian dilakukan oleh GPK Ko-Kurikulum dan Majlis Penutup telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Hj Md. Sidek bin Besar. Semua warga SKPH turut menjayakan kejohanan sukan ini. Para ibu bapa juga turut menyertai acara yang dipertandingkan.
Majulah Sukan Untuk Negara

Saturday

Watikah Perlantikan Pengawas 2010

28 Feb 2010 - Satu upacara perlantikan watikah pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah telah diadakan di tapak perhimpunan. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar sendiri, iaitu Tuan Haji Md Sidek bin Besar. Dalam ucapannya, beliau menasihatkan semua pengawas yang dilantik supaya menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.




Gambar lagi...

Wednesday

Unit Beruniform

Pelajar PKBP juga turut berlatih kawad

Guru PKBP sedang melatih para pelajarnya berkawad
Unit KRS mencatat nota

Cg Nazri dan Ustaz Khairul Mukmin sedang menerangkan sesuatu kepada muridnya

Cg Fauziah sedang menunjuk cara ikatan

Pelajar unit Pandu Puteri mencuba ikatan yang dipelajari


Unit Pandu Puteri sedang mewarna logo mereka

Semua unit beruniform meneruskan aktiviti pada tahun ini sebagaimana yang dirancang. Aktiviti-aktiviti telah disusun dan dipraktikkan pada setiap kali perjumpaan. Perjumpaan unit beruniform di selang selikan setiap minggu dengan kelab dan persatuan.

Para pelajar telah mula belajar asas ikatan, berkawad serta menyanyikan lagu unit masing-masing. Buku log juga telah mula dicatat dengan aktiviti dan catatan yang perlu. Harapan kami semoga murid-murid SKPH akan sentiasa berdisiplin dan mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari.

Latihan Rumah Sukan

Murid bersedia membuat latihan skipping

Cikgu Hafiz (guru pelatih IPMKDR) dan Cg. Zul menunjuk cara acara lontar peluru

Guru sedang memberi arahan untuk acara kaki tiga

Semua murid berkumpul untuk 'warming-up'

Sepanjang Februari ini, semua rumah sukan berlatih dan bersiap sedia membuat pemilihan murid untuk mewakili pasukan rumah masing-masing. Dengan murid berpakaian mengikut rumah mereka iaitu Kuning, Merah, Biru dan Hijau, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Sukan Sekolah akan dibahagikan kepada 2 iaitu sukan olahraga dan sukaneka. Sukan sekolah akan diadakan pada 28 Februari 2010 (Olahraga) dan 1 Mac 2010 (Sukaneka).

Latihan rumah sukan bermula pada jam 5.00 ptg dan berakhir pada 6.30 ptg. Semua murid bersemangat untuk menyertai dan menunjukkan bakat masing-masing.

Friday

Majlis Penutup Bengkel Blog

Tuan Harith Rafi'e, Cg. Nor Liza (guru pengiring), dan Muhammad Faiz

Rekaan Blog pada hari ke-2

Hasil rekaan akhir untuk persembahan

Sedang mempersembahkan hasil blog

Sijil Kumpulan Terbaik

Cg Azuriah dan pelajar yang menghadiri majlis penutup

Cg. Fauziah mengiringi anaknya di majlis penutup

Bergambar bersama para tetamu VIP

21 Jan 2010 - Setelah berlangsungnya selam 4 hari bengkel blog di PPAT, 2 orang murid kami iaitu Tuan Harith Rafi'e Tuan Putera dan Muhammad Faiz Amri telah pun dapat menghasilkan satu blog yang menarik. Bengkel ini telah mencapai objektifnya serta dapat mendedahkan pelajar kepada satu ilmu IT yang sedang berkembang maju.

Blog rekaan pelajar ini telah terpilih antara 5 kumpulan terbaik daripada 20 buah sekolah sekitar Kuala Terengganu. Pada majlis penutup ini, mereka telah mempersembahkan hasil blog rekaan mereka kepada para tetamu VIP, para guru besar, guru-guru serta ibu bapa yang hadir.

Kami warga sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada adik berdua yang telah berjaya menguasai apa yang dipelajari di bengkel tersebut.

Monday

Bengkel Pembinaan Blog


18 jan 2010 - Satu bengkel pembinaan blog telah diadakan di Makmal Komputer, Pusat Multimedia, Perpustakaan Awam Terengganu bermula pada 18 - 21 Januari 2010. Bengkel ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

Bengkel ini adalah sebuah program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu yang dibiayai oleh ExxonMobil dan merupakan kesinambungan kepada projek Kem Mesra Komputer. Tujuannya adalah untuk mendedahkan murid-murid sekolah rendah kepada kaedah-kaedah penggunaan 'Microsoft Office.' Peserta bengkel ini diperkenalkan dengan kemahiran mencari maklumat melalui pelbagai sumber media. Peserta juga diberikan sebuah beg, beberapa modul, sebuah fail, dan juga pendrive 2GB setiap seorang.

Ianya melibatkan seramai 40 murid dari 20 buah sekolah rendah di daerah sekitar Kuala Terengganu yang telah mempunyai pengetahuan tentang komputer. Dua orang murid sekolah kami telah turut sama terlibat iaitu pelajar dari Tahun 5 Karisma, Adik Muhamad Faiz bin Amri dan Tuan Harith Rafi'e bin Tuan Putera.

Puan Pengarah Perpustakaan Awam Terengganu, Puan Hjh Nor Akmal binti Abdul Fatah dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar pelajar memanfaatkan bengkel ini, dapat membina satu blog yang hebat dan menarik serta boleh dibanggakan. Beliau juga berharap agar pelajar dapat berkongsi maklumat yang baik dengan orang lain dan merasa seronok terpilih menyertai bengkel ini.

Fasilitator yang terlibat ialah Encik Zahron bin Mohd Khalid dan Encik Jefri bin Mat Yasin.
Kami bagi pihak SK Padang Hiliran ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, ExxonMobil, pihak Jabatan Pelajaran Terengganu, dan fasilitator yang telah memberikan ilmu kepada murid-murid kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More