KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH
Showing posts with label Kejayaan SKPH. Show all posts
Showing posts with label Kejayaan SKPH. Show all posts

Thursday

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16



21 Mei 2011 - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 berjaya dilaksana dengan sempurna pada pagi Sabtu bermula jam 9.00 pagi. Ramai ibu bapa hadir dan mesyuarat ini dirasmikan oleh Dato' Mohd Sabri bin Alwi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Penyampaian insentif kepada murid-murid Tahun 6 2010 yang berjaya mendapat 5A juga diadakan. Banyak pandangan dan perkongsian idea dapat dibincangkan bersama antara pihak guru dan ibu bapa yang mana akan meningkatkan lagi prestasi anak didik SKPH. Terima kasih kepada Dato', para guru, staf dan para ibu bapa yang telah sama-sama menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Gambar Peristiwa

Choral Speaking



19 Mei 2011 - Pertandingan Choral Speaking telah berlangsung di sekolah kami untuk peringkat Kuala Terengganu Selatan. Pasukan ini telah dibimbing oleh guru-guru Bahasa Inggeris diketuai oleh Pn. Siti Ruslina Hassan, Pn Siti Kamariah Mahat dan Pn Azuriah Abdullah. Latihan dan tunjuk ajar guru pembimbing telah membuahkan hasil yang cemerlang di mana SK Padang Hiliran telah menjadi Naib Juara bagi peringkat Kuala Terengganu Selatan. SKPH akan meneruskan perjuangan ke peringkat Negeri yang akan di adakan pada 12 Julai 2011 bertempat di SK Rantau Petronas, Kemaman.

Tahniah dan Selamat Berjaya!!!!

Gambar Peristiwa

Tuesday

Sukan Sekolah 2011


13 April 2011 - Sukan Sekolah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sukan Sekolah ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar.

Pelbagai acara diadakan seperti merentas desa, sukaneka, acara balapan dan acara untuk ibu bapa. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar Encik Ibrahim bin Ab Rahman. Rumah Kuning Mahkota menjadi juara pada temasya sukan kali ini, diikuti oleh Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Hijau.

Gambar Peristiwa

School Attack TV3

23 Februari 2011 - Suasana di SKPH diceriakandan dimeriahkan dengan kedatangan serombongan Pasukan School Attack TV3. Semua pelajar dihidangkan dengan pelbagai acara permainan dan berkenal mesra dengan para selebriti TV3 yang hadir seperti diketuai oleh Encik Azri bin Badri, Aidid Marcelo, Maria Tunku Sabri, Chomel, Hani, Abang Bad serta para kru yang sentiasa tidak duduk diam melayan murid-murid sekolah.

Murid-murid PPKI telah mempersembahkan nyanyian sebagai pembuka acara. Pertandingan seperti permainan bola jaring, dam ular besar, menjaringkan gol, baling belon berisi air berpasangan dan sebagainya.

Acara berakhir pada jam 1 tengah hari. Semua warga sekolah dengan penuh rasa hormat dan bangga dapat menjayakan School Attack bersama-sama pihak TV3. Terima kasih daun keladi kepada pihak TV3..kalau boleh datanglah lagi ke sekolah kami.

Gambar Peristiwa

Thursday

Sukan Sekolah 2010

Perbarisan masuk rumah sukan

Bersedia untuk berlari

Acara isi air dalam botol untuk murid prasekolah

Acara olahraga untuk murid Tahap 2

Para pegawai yang bertugas

Tersenyum bangga memenangi acara yang dipertandingkan

Acara terompah gergasi

Acara lari dalam guni murid Tahap 2

Ibu bapa turut menyertai acara bowling padang

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang

1 Mac 2010- Tahun ini adalah tahun yang meriah dengan pelbagai aktiviti. Untuk aktiviti ko-kurikulum, sukan olahraga dan sukaneka tahunan adalah satu acara yang memang dinanti-nantikan.
Semua acara berjalan dengan lancar. Majlis Perasmian dilakukan oleh GPK Ko-Kurikulum dan Majlis Penutup telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Hj Md. Sidek bin Besar. Semua warga SKPH turut menjayakan kejohanan sukan ini. Para ibu bapa juga turut menyertai acara yang dipertandingkan.
Majulah Sukan Untuk Negara

Friday

Majlis Penutup Bengkel Blog

Tuan Harith Rafi'e, Cg. Nor Liza (guru pengiring), dan Muhammad Faiz

Rekaan Blog pada hari ke-2

Hasil rekaan akhir untuk persembahan

Sedang mempersembahkan hasil blog

Sijil Kumpulan Terbaik

Cg Azuriah dan pelajar yang menghadiri majlis penutup

Cg. Fauziah mengiringi anaknya di majlis penutup

Bergambar bersama para tetamu VIP

21 Jan 2010 - Setelah berlangsungnya selam 4 hari bengkel blog di PPAT, 2 orang murid kami iaitu Tuan Harith Rafi'e Tuan Putera dan Muhammad Faiz Amri telah pun dapat menghasilkan satu blog yang menarik. Bengkel ini telah mencapai objektifnya serta dapat mendedahkan pelajar kepada satu ilmu IT yang sedang berkembang maju.

Blog rekaan pelajar ini telah terpilih antara 5 kumpulan terbaik daripada 20 buah sekolah sekitar Kuala Terengganu. Pada majlis penutup ini, mereka telah mempersembahkan hasil blog rekaan mereka kepada para tetamu VIP, para guru besar, guru-guru serta ibu bapa yang hadir.

Kami warga sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada adik berdua yang telah berjaya menguasai apa yang dipelajari di bengkel tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More