KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts

Thursday

Program Beautiful Malaysia













Program ini dijalankan pada 2 Februari 2013. Semua guru dan murid SKPH terlibat dalam menjayakan program ini. Aktiviti mengecat dan bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah dijalankan.

Monday

2 Kejuaraan Terengganu


Tahniah buat Terengganu yang berjaya merangkul 2 kejuaraan, Bolasepak Piala FA dan Kejohanan Sukma 2011. Syabas dan tahniah!!!

Tuesday

Kebanggaan Sekolah




Pasukan Bolatampar Sekolah (Perempuan) baru-baru ini telah menyertai pertandingan Bolatampar MSSDKTS dan MSST 2010.

Pasukan ini telah dibimbing oleh Cg. Syaharuddin b Mohd Yusof yang telah bertungkus lumus berusaha serta mengadakan latihan untuk kejayaan sehingga ke peringkat ini. Para pelajar juga amat bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan pada setiap kejohanan yang disertai.

Pada peringkat Kejohanan MSSDKTS, SKPH telah merangkul Pingat Perak manakala pada peringkat MSST, mereka telah memperolehi Pingat Emas kejohanan tersebut.

Pihak sekolah ingin merakamkan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan dan sumbangan yang bermakna kepada warga SKPH.

Thursday

Sukan Sekolah 2010

Perbarisan masuk rumah sukan

Bersedia untuk berlari

Acara isi air dalam botol untuk murid prasekolah

Acara olahraga untuk murid Tahap 2

Para pegawai yang bertugas

Tersenyum bangga memenangi acara yang dipertandingkan

Acara terompah gergasi

Acara lari dalam guni murid Tahap 2

Ibu bapa turut menyertai acara bowling padang

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang

1 Mac 2010- Tahun ini adalah tahun yang meriah dengan pelbagai aktiviti. Untuk aktiviti ko-kurikulum, sukan olahraga dan sukaneka tahunan adalah satu acara yang memang dinanti-nantikan.
Semua acara berjalan dengan lancar. Majlis Perasmian dilakukan oleh GPK Ko-Kurikulum dan Majlis Penutup telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Hj Md. Sidek bin Besar. Semua warga SKPH turut menjayakan kejohanan sukan ini. Para ibu bapa juga turut menyertai acara yang dipertandingkan.
Majulah Sukan Untuk Negara

Wednesday

Unit Beruniform

Pelajar PKBP juga turut berlatih kawad

Guru PKBP sedang melatih para pelajarnya berkawad
Unit KRS mencatat nota

Cg Nazri dan Ustaz Khairul Mukmin sedang menerangkan sesuatu kepada muridnya

Cg Fauziah sedang menunjuk cara ikatan

Pelajar unit Pandu Puteri mencuba ikatan yang dipelajari


Unit Pandu Puteri sedang mewarna logo mereka

Semua unit beruniform meneruskan aktiviti pada tahun ini sebagaimana yang dirancang. Aktiviti-aktiviti telah disusun dan dipraktikkan pada setiap kali perjumpaan. Perjumpaan unit beruniform di selang selikan setiap minggu dengan kelab dan persatuan.

Para pelajar telah mula belajar asas ikatan, berkawad serta menyanyikan lagu unit masing-masing. Buku log juga telah mula dicatat dengan aktiviti dan catatan yang perlu. Harapan kami semoga murid-murid SKPH akan sentiasa berdisiplin dan mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari.

Latihan Rumah Sukan

Murid bersedia membuat latihan skipping

Cikgu Hafiz (guru pelatih IPMKDR) dan Cg. Zul menunjuk cara acara lontar peluru

Guru sedang memberi arahan untuk acara kaki tiga

Semua murid berkumpul untuk 'warming-up'

Sepanjang Februari ini, semua rumah sukan berlatih dan bersiap sedia membuat pemilihan murid untuk mewakili pasukan rumah masing-masing. Dengan murid berpakaian mengikut rumah mereka iaitu Kuning, Merah, Biru dan Hijau, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Sukan Sekolah akan dibahagikan kepada 2 iaitu sukan olahraga dan sukaneka. Sukan sekolah akan diadakan pada 28 Februari 2010 (Olahraga) dan 1 Mac 2010 (Sukaneka).

Latihan rumah sukan bermula pada jam 5.00 ptg dan berakhir pada 6.30 ptg. Semua murid bersemangat untuk menyertai dan menunjukkan bakat masing-masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More