KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Thursday

MAKLUMAT KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

1. Maklumat kanak-kanak pendidikan khas

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas

- Autisme
- Disleksia
- Sindrom Down
- Terencat akal ringan
- Perkembangan Lewat
- Cerebral Palsy
- Micro Sephalus
- Hyperaktif

Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas

a) Autisme
- boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.
- boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat.
- suka elak pertentangan mata.
- ketawa dengan tiba-tiba.
- menangis dan marah tanpa sebab.
- perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek.
- suka meniru perkataan orang lain.
- memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan.

b) Disleksia
- baik dalam kemahiran pertuturan dan penaakulan.
- mempunyai masalah ingatan pandang dan ingatan dengar (lemah ingatan).
- masalah dalam susunan turutan huruf dan nombor.
- kekeliruan memahami hala kiri dan kanan, bawah dan atas.
- perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat.
- kelajuan menulis yang lambat.

c) Sindrom Down
- kanak-kanak ini mempunyai 24 kromosom di mana terdapat tambahan kromosom pada kromosom 21.
- dari segi sosial, mereka biasanya adalah kanak-kanak yang periang dan
- dagu atas dan bawah kecil menyebabkan lidah kelihatan terlalu besar dan sebutan yang kurang jelas.
- jari tangan dan kaki pendek dan terdapat kedutan yang jelas pada tapak tangan dan kaki.
- menghadapi masalah pendengaran, penyakit jantung, usus, mata (selaput), kesempitan tulang belakang di bahagian leher

d) Terencat akal ringan.
- murid-murid terencat akal adalah murid-murid yang inteleknya berfungsi di bawah tahap murid normal. Keadaan ini juga wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku murid tersebut iaitu kemahiran berkomunikasi, mengurus diri, sosial dan psikomotor yang dapat dilihat dalam proses perkembangan mereka.
- ciri-ciri yang jelas tentang kanak-kanak ini dapat dilihat dari segi perbezaan tahap mental murid dengan umur mereka. Lebih teruk kerencatan akal mereka, maka lebih rendah tahap kematangan yang ditunjukkan berbanding dengan umur sebenar kanak-kanak.
- suka bercakap mengenai banyak perkara pada satu-satu masa, tidak mengikut turutan.
- suka mengkritik apabila melihat sesuatu.
- suka meniru perlakuan seseorang yang disukai.

e) Perkembangan lewat.
- pencapaian ujian kecerdasan murid-murid ini lebih sedikit daripada murid terencat akal, tetapi jika dibandingkan dengan murid sederhana, tahap kecerdasannya agak lambat dalam memahami konsep-konsep lain. Istilah ini juga biasanya dimaksudkan sebagai tingkah laku atau motivasi lemah.
- kadangkala malas untuk melakukan sesuatu kerja.
- sentiasa menunggu arahan daripada orang lain untuk melakukan sesuatu.
- suka mengadu.

f) Cerebral Palsy
- kurang daya kawalan terhadap otot-otot.
- bagi Cerebral Palsy kategori ataxia, gaya berjalan dan duduk kanak-kanak ini tidak stabil.
- bagi Cerebral Palsy kategori Athetoid, pergerakan kaki dan tangan kanak-kanak ini tidak dapat dikawal.

g) Micro Sephalus.
- kanak-kanak ini mempunyai saiz kepala yang lebih kecil berbanding kanak-kanak normal.
- tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu untuk satu jangkamasa yang panjang.
- emosi mereka kadang kala kurang stabil.

h) Hyperaktif.
- suka menjerit.
- tidak boleh duduk diam.
- marah tak menentu.
- tidak dapat menumpukan perhatian pada sesuatu.
- suka mengulangi perkataan yang diucapkan oleh orang lain.
- suka bercakap dengan kuat.

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu mula dibuka pada bulan Februari 1996 dengan 43 orang murid dan 7 orang guru. Kini kelas PKBP ini mempunyai seramai 57 orang murid yang terdiri daripada 27 orang murid lelaki dan 30 orang murid perempuan. Tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada 12 orang. Antara kecacatan yang dialami oleh murid-murid ini ialah :

a)Autisme
b)Disleksia
c)Sindrom Down
d)Terencat Akal Ringan
e)Perkembangan Lewat
f)Cerebral Palsy
g)Micro Sephalus
h)Hyperaktif

MATLAMAT KELAS PKBP

1)Melengkapkan pelajar kahs dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka ke arah pencapaian yang menyeluruh.

2)Membantu memperkembangkan aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai etika dan bersosialisasi agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka :

1)Menguasai kemahiran berkomunikasi
2)Menguasai kemahiran bergaul
3)Memupuk keyakinan diri ke arah kestabilan kendiri dan berdikari
4)Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
5)Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
6)Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor.

KURIKULUM PKBP

Kurikulum PKBP berpandukan kepada :

1)Kurikulum Pendidikan Khas
2)Mengikut tahap keupayaan pelajar, bukan mengikut umur hayat pelajar
3)Bersifat fleksibel
4)Tiada had tempoh masa yang dihadkan untuk mencapai sesuatu objektif
5)Digubal bersesuaian dengan kemampuan pelajar

MATA PELAJARAN

Mata pelajaran yang diajar kepada murid PKBP termasuklah :

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Matematik
4) Kemahiran Hidup
5) Pendidikan Agama / Moral
6) Sosial dan Alam Sekeliling / Sains
7 Pengurusan Diri
8) Kemahiran Manipulatif
9) Pendidikan Jasmani
10)Pendidikan Muzik
11)Pendidikan Seni

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan
Yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli msyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan Negara.

PROFIL SEKOLAH


Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran

Kod Sekolah : TBA 3092

Jenis Sekolah : Sekolah Kebangsaan

Gred : A

Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan

Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu

Sesi : Pagi

Lokasi : Bandar

Alamat : 20050 Kuala Terengganu

Bandar : Kuala Terengganu

Negeri : Terengganu Darul Iman

No.Telefon : 09-6241420

No.Fax : 09-6311400

Email : skpdghiliran@yahoo.com

Laman web : http://skpdghiliran.blogspot.com/

Tarikh ditubuhkan : Februari 1995

Jabatan Pendidikan Negeri : JPN Terengganu

Pejabat Pendidikan Daerah : PPD Kuala Terengganu

Pusat Kegiatan Guru : PKG Durian Burong

Perhubungan utama : Jalan raya bertar

LAGU SEKOLAH

SK Padang Hiliran
Sekolahku yang tercinta
Pusat pendidikan
Lahir insan cemerlang


Demi hasrat yang mulia
Kita tunai kewajipan
Belajar berusaha
Itulah tekad kami


c/o

Marilah semua
Berganding bahu
Mencipta kejayaan
Maju tekun jaya
Berakhlak mulia
Inilah ikrar kami


Pesanan guru-guru
Beradap sopan berbudi
Akan ku ingati
Jadi bekalan diri

Sunday

HAL EHWAL MURID

RMT
KANTIN
HEM

JADUAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2009

Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2009 29.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 26.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 12.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2009 21.03.2009 9
Hari Persekolahan 22.03.2009 31.03.2009 8
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 03.05.2009 28.05.2009 20
Cuti Pertengahan Tahun 29.05.2009 13.06.2009 16
II Hari Persekolahan 14.06.2009 30.06.2009 13
Hari Persekolahan 01.07.2009 31.07.2009 22
Hari Persekolahan 02.08.2009 20.08.2009 15
Cuti Pertengahan Penggal 21.08.2009 29.08.2009 9
Hari Persekolahan 30.08.2009 31.08.2009 2
Hari Persekolahan 01.09.2009 30.09.2009 22
Hari Persekolahan 01.10.2009 29.10.2009 21
Hari Persekolahan 01.11.2009 19.11.2009 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2009 02.01.2010 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

LAWATAN

MELAWAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More