KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Tuesday

Kedatangan Guru Besar Baru


5 April 2011 - Kedatangan Guru Besar kami yang baru Encik Ibrahim Bin Ab Rahman, dengan rombongan yang ceria dan mesra dari SK Merang telah menggamit satu memori baru dalam sejarah sekolah ini.

Beliau tiba di SKPH pada pukul 10.00 pagi dengan diiringi motosikal berkuasa besar dan kereta-kereta iringan yang terdiri daripada guru-guru dan staf SK Merang. Senyuman yang tidak lekang dari wajah guru besar baru menunjukkan kegembiraan dan ketulusan beliau untuk mengetuai dan membimbing kami warga SKPH.

Kami ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Tuan Guru Besar dan Selamat Bertugas dan bimbinglah kami di sini. Ucapan jutaan terima kasih kami dahulukan.

Gambar Peristiwa

Pertukaran Guru Besar


5 April 2011 - Satu majlis sempena pertukaran Guru Besar Tuan Haji Mohd Sidek Bin Besar telah diadakan pada hari ini. Suasana pilu dan sedih menyelubungi warga sekolah yang telah bersama bertugas selama 8 tahun di sekolah ini. Cikgu Md Sidek kini bertugas sebagai Guru Besar di SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas bimbingan dan nasihatnya selama ini dan mengucapkan selamat bertugas kepada Cikgu Mohd Sidek di tempat baru.

Gambar Peristiwa

Jamuan Pertukaran dan Keraian

School Attack TV3

23 Februari 2011 - Suasana di SKPH diceriakandan dimeriahkan dengan kedatangan serombongan Pasukan School Attack TV3. Semua pelajar dihidangkan dengan pelbagai acara permainan dan berkenal mesra dengan para selebriti TV3 yang hadir seperti diketuai oleh Encik Azri bin Badri, Aidid Marcelo, Maria Tunku Sabri, Chomel, Hani, Abang Bad serta para kru yang sentiasa tidak duduk diam melayan murid-murid sekolah.

Murid-murid PPKI telah mempersembahkan nyanyian sebagai pembuka acara. Pertandingan seperti permainan bola jaring, dam ular besar, menjaringkan gol, baling belon berisi air berpasangan dan sebagainya.

Acara berakhir pada jam 1 tengah hari. Semua warga sekolah dengan penuh rasa hormat dan bangga dapat menjayakan School Attack bersama-sama pihak TV3. Terima kasih daun keladi kepada pihak TV3..kalau boleh datanglah lagi ke sekolah kami.

Gambar Peristiwa

Sambutan Maulidur Rasul 1432H




Tanggal 16 Februari 2011, Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan. Tema pada tahun ini adalah "1 Malaysia 1 Umah".

Difahamkan, pemilihan tema ini bertujuan menyeru seluruh umat Islam supaya bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara serta menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan Sunah.

Pelbagai persembahan menarik diadakan seperti cerita sejarah Rasulullah SAW. deklamasi sajak, mewarna poster, pertandingan membaca ayat-ayat lazim, pertandingan Azan dan selawat beramai-ramai. Hadiah diberikan kepada semua pemenang pertandingan.

Gambar Peristiwa


Monday

Persaraan GPK Kokurikulum



Pada tanggal 9 Februari 2011, berakhirlah sudah perkhidmatan Cikgu Abdul Rani Bin Jusoh sebagai seorang pendidik. Beliau bersara wajib pada usia menjangkau 58 tahun. Beliau merupakan seorang guru yang amat disegani dan dihormati oleh rakan-rakan seperjuangan sepanjang berkhidmat. Segala khidmat bakti dan jasa beliau amatlah disanjung tinggi dan kami mendoakan agar beliau meneruskan kehidupan dengan penuh rasa kebahagiaan dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta.

Gambar lagi

2011


Selamat Datang 2011.


Teruskan Mendidik Anak Bangsa

Tuesday

Gotong-royong Hari Guru 2010












15 Mei 2010 - "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"- tema Hari Guru 2010

Aktiviti gotong-royong telah dijalankan sempena Sambutan Hari Guru 2010. Semua sekolah di seluruh negara telah mengadakan aktiviti ini untuk sama-sama membersihkan kawasan sekolah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kerjasama antara satu sama lain.

Kebanggaan Sekolah




Pasukan Bolatampar Sekolah (Perempuan) baru-baru ini telah menyertai pertandingan Bolatampar MSSDKTS dan MSST 2010.

Pasukan ini telah dibimbing oleh Cg. Syaharuddin b Mohd Yusof yang telah bertungkus lumus berusaha serta mengadakan latihan untuk kejayaan sehingga ke peringkat ini. Para pelajar juga amat bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan pada setiap kejohanan yang disertai.

Pada peringkat Kejohanan MSSDKTS, SKPH telah merangkul Pingat Perak manakala pada peringkat MSST, mereka telah memperolehi Pingat Emas kejohanan tersebut.

Pihak sekolah ingin merakamkan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan dan sumbangan yang bermakna kepada warga SKPH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More