KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Sunday

P & P Prasekolah Nur Hannan

Sekolah kami mempunyai 2 kelas Prasekolah iaitu Kelas Ibnu Majah dan Kelas Ibnu Sina. Guru kelas Ibnu Majah ialah Cg. Zaharah dan Guru kelas Ibnu Sina ialah Cg.Norazmawati. Prasekolah ini dibantu oleh dua orang pembantu pra iaitu Pn. Faridah dan Pn. Nik Azita.


Ustazah Zuraihan bersama murid untuk Program Pintar Al-Quran

Murid-murid yang baru memasuki alam persekolahan

Kelas Ibnu Majah

Cg. Norazmawati sedang mengajar PQ

Sedang bermain peralatan di kelas Ibnu Sina

Mencuba peralatan yang baru mereka jumpa

Proses P & P Pendidikan Khas Bermula

Murid Prasekolah PKBP

Sedang asyik menunjukkan bakat

Cg.Rugayah sedang membimbing pelajarnya di kelas

Sungguh comel dengan pakaian baru

Cg,Sofian sedang membimbing muridnya bersenam

Pandainya dia menunjuk cara kepada kawan-kawannya

Pelajar ceria dan gembira

Dua pembantu pengurusan murid sedang memujuk pelajar

Mereka dan dunia mereka

Dah pandai bersenam sendiri

Proses pengajaran dan pembelajaran sekolah kami telah bermula dengan lancar dan seperti apa yang telah dirancangkan. Aktiviti harian dapat dilihat seperti foto-foto di atas. Antaranya adalah proses p& p bagi kelas pendidikan khas yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran. Namun, mereka semua riang dan ceria serta melalui proses p & p dengan cara mereka sendiri.

Program Motivasi 2010 Bermula

Cg.Tn Hj Azhar sedang memberi motivasi

Murid-murid perempuan sedang mendengar dengan teliti

Murid-murid lelaki turut bersemangat

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah memulakan program motivasinya untuk murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 sejak dari minggu pertama persekolahan bermula lagi. Program ini telah dikendalikan oleh Cg.Tn.Hj.Azhar iaitu guru bimbingan dan kaunseling yang baru bertukar ke sekolah ini pada tahun 2010. Para pelajar dilihat amat bersemangat dengan sentuhan kata-kata perangsang oleh motivator sekolah. InsyaAllah, akan ada banyak lagi program yang dirancangkan sepanjang tahun oleh unit bimbingan dan kaunseling.

Persekitaran SKPH 2010

Nama sekolah di pintu utama

Pandangan hadapan sekolah

Surau sekolah


Keadaan di dalam surau sekolah

Suasana di kantin sekolah

Bilik makan warga sekolah

Taman Pendidikan Khas

Makmal Komputer sekolah

Prasekolah Nur Hannan

Padang sekolah

Monday

Sesi 2010 Bermula



Murid Tahun 1 Karisma

3 Jan 2010 - Hari ini bermulalah sesi persekolahan pertama bagi tahun ini. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seperti yang dirancang. Ibu bapa turut serta menghantar anak-anak mereka dan tidak kurang juga menunggu dan melihat anak-anak mereka yang baru memasuki alam persekolahan rendah. Walau pun begitu, ada yang sudah biasa dengan alam prasekolah, maka tidak menjadi masalah dalam berkomunikasi dan bersosial sesama mereka. Kepada semua Warga SKPH, diucapkan 'Selamat Kembali ke Sekolah.'

Selamat Tahun Baru 2010

1 Jan 2010 -Warga SKPH mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada semua warga pendidik. Semoga tahun baru ini akan memberikan semangat baru yang tinggi dalam profesion pendidik. Sentiasa berusaha untuk penambaikan dan melonjakkan prestasi pendidikan.


Sunday

Mesyuarat Guru Pertama Bagi Sesi 2010

30 Dis 2009 (Rabu) - Mesyuarat guru buat kali pertama bagi sesi 2010 diadakan bermula jam 9.00am hingga 1.00pm. Mesyuarat dihadiri oleh Tuan Guru Besar selaku Pengerusi bersama-sama GPK I, GPK Hem, GPK Kokurikulum, guru-guru dan kaki tangan sekolah.

Antara intipati mesyuarat pada kali ini:

a) Peringatan kepada semua guru dan kaki tangan supaya bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab kepada pelajar.

b) Melaporkan prestasi UPSR 2009 yang telah dicapai.

c) Pembahagian jadual waktu mengajar.

d) Pembahagian buku rekod mengajar.

e) Pembahagian buku senarai tugas guru.

f) Pengumuman tender kantin yang baru.


Tuan Guru Besar sedang mempengerusikan mesyuarat

GPK-GPK turut menyampaikan makluman masing-masing

Thursday

UPSR 2009


Salam Sejahtera...

19 November 2009 - Keputusan UPSR telah pun diumumkan oleh GPK HEM iaitu Tuan Hj. Mohd Rahim di dewan sekolah pagi tadi. Para ibu bapa dan pelajar berkumpul di sana dan mendengar pengumuman yang disampaikan.

Pada tahun ini SKPH mendapat seramai 11 orang 5A.Keputusan ini berkurangan daripada tahun 2008 berbanding dengan 21 orang telah berjaya mendapat keputusan 5A. Walau apa pun, kami warga SKPH ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya diharap dapat menempa kejayaan pada masa hadapan.

Diucapkan juga berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Warga SKPH yang telah sama-sama bertungkus-lumus berusaha untuk kejayaan anak didik kita.

SYABAS DAN TAHNIAH!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More