KREATIVITI TERAS KECEMERLANGAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU

JALAN SULTAN MOHAMAD 20050 KUALA TERENGGANU | TEL:09-6241420 | FAX:09-6311400 | Email:TBA3092@yahoo.com.my | Kod Sek : TBA3092 | http://skpdghiliran.blogspot.com


WARGA GURU SESI 2014

WARGA GURU SESI 2014

STAFF SOKONGAN SKPH

STAFF SOKONGAN SKPH

Sunday

Hari Pendaftaran Murid Bagi Sesi 2014

Hari pendaftaran bagi sesi persekolahan 2014 diadakan pada 28 Disember 2013. Pendaftaran bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.






Mesyuarat Guru Kali Pertama Bagi Sesi 2014

Mesyuarat Guru Kali Pertama untuk sesi 2014 diadakan pada 22.12.2013

Thursday

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas









Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber telah dirasmikan oleh En Zakaria bin Muda (Pegawai Unit Pendidikan Awal Persekolahan). Majlis ini diadakan pada 6 Februari 2013.

Program Beautiful Malaysia













Program ini dijalankan pada 2 Februari 2013. Semua guru dan murid SKPH terlibat dalam menjayakan program ini. Aktiviti mengecat dan bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah dijalankan.

Pelancaran Program NILAM 2013


Telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En.Ibrahim b Ab.Rahman pada 2 Feb 2013. Semua murid diberi motivasi oleh Tuan Guru Besar untuk terus membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan setiap masa.

Wednesday

Sambutan Maulidur Rasul Dan Majlis Tilawah Al-Quran 2013




Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Tilawah Al-Quran telah diadakan pada 26 Januari 2013 (Ahad) bersamaan 16 Rabiul Awal 1434H dan dirasmikan En.Zakaria bin Muda (Pegawai Unit Awal Persekolahan Kanak-kanak). Perarakan melalui jalan besar (berhadapan Giant) dengan disertai  semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6, Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) dan Prasekolah.

Bantuan Awal Persekolahan RM100




23 Januari 2013 - Bantuan Awal Persekolahan telah selamat disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mahyuddin bin Wan Ngah. Penyampaian ini diadakan  pada hari Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18. Bantuan ini diberi agar dapat menampung meringankan perbelanjaan persekolahan anak2-anak bagi sesi persekolahan 2013.

Mesyuarat PIBG Kali Ke-18



23 Januari 2013 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 telah diadakakan bagi memilih ahli jawatan kuasa sesi persekolahan baru. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan untuk turut serta terlibat dalam merapatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga untuk kebaikan bersama.

Tuesday

Kaji Selidik KSSR 2013

Semua guru SKPH yang terlibat dengan KSSR perlu mengisi kaji selidik di laman web berikut sebelum 30 Januari 2013. Pengisian awal adalah digalakkan.Terima kasih.

http://moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru

Saturday

Perhimpunan Pertama Sesi 2013



Perhimpunan pertama bagi tahun 2013. Tuan Guru Besar banyak memberikan nasihat serta motivasi kepada semua murid untuk lebih bersemangat dan berwibawa pada sesi persekolahan baru ini.

Sesi Persekolahan 2013 Bermula


Hujan yang lebat tidak mematahkan semangat pelajar untuk tetap hadir ke sekolah dengan ditemani ibu bapa yang turut memberikan galakan kepada anak-anak mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Selamat Tahun Baru

Monday

2 Kejuaraan Terengganu


Tahniah buat Terengganu yang berjaya merangkul 2 kejuaraan, Bolasepak Piala FA dan Kejohanan Sukma 2011. Syabas dan tahniah!!!

Sesi Persekolahan Semester ke-2 Bermula


Selamat kembali ke sekolah untuk semester ke-2. Semoga semua anak didik terus berjaya mencapai kecemerlangan.

Friday

Kelas Tambahan Tahun 4, 5 dan 6

Kelas tambahan semasa cuti persekolahan pertengahan penggal satu akan diadakan pada Sabtu 28 hingga Selasa 31 Mei 2011. Semua murid tahun berkenaan dikehendaki hadir ke kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.

Thursday

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16



21 Mei 2011 - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 berjaya dilaksana dengan sempurna pada pagi Sabtu bermula jam 9.00 pagi. Ramai ibu bapa hadir dan mesyuarat ini dirasmikan oleh Dato' Mohd Sabri bin Alwi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Penyampaian insentif kepada murid-murid Tahun 6 2010 yang berjaya mendapat 5A juga diadakan. Banyak pandangan dan perkongsian idea dapat dibincangkan bersama antara pihak guru dan ibu bapa yang mana akan meningkatkan lagi prestasi anak didik SKPH. Terima kasih kepada Dato', para guru, staf dan para ibu bapa yang telah sama-sama menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Gambar Peristiwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More